VIDEO 18SG - SAAT GETIR TEMBAKAN PENCEROBOH VS POLIS.






AMARAN - Penonton berumur 18 tahun ke bawah dilarang menonton video tertera.





Kronologi Penceroboh Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu

12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjatayang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.

14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pastikumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabahsebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari selatan Filipina.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaanMalaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasanberkenaan.

16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseinmengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknyapenyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalahterkawal.

18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukansecara diplomasi tanpa pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaanuntuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yangbertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankanterhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus denganSultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan diLahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

1 Mac - Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daudterkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuranantara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

2 Mac - Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampunganair Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itumenyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.

3 Mac - Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan airitu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampungitu.

4 Mac - Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes dan Duta BesarFilipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan DatukSeri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin TunHussein untuk mencari resolusi damai.

4 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaankeselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.

4 Mac - Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yangterkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.

5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jetpejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo,Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukantentera dan polis di kawasan kampung itu.

5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaanmesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatannegara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkanpertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

5 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang mediabersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan OpsDaulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

5 Mac (1.30 tengah hari) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin TunHussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad ZahidHamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakanoperasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masihada musuh di kawasan itu.

5 Mac - Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian,kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.


13 comments:

Anonymous said...

Apa dah.....ni video kat Filipina..lambat info arrr..
Admin Please Remove bikin malu company..

Anonymous said...

Macam video lama n tiada kaitan ngan lahad datu.....

Anonymous said...

Ye..lahh...Admin lu lambat laa..ini bukan kat Malaysia...make sure you know what you are showing..bikin maluu aje..!

Anonymous said...

Kerja menipu je

Anonymous said...

Aula uakbal...masa aula....uakkkk......mcm monyet hutan jak yg trlepas namoak buah....uakkkkk.......mcm sial

Anonymous said...

Menipu jak semua ni.....mau psiko kunun tp x la seberapa pn kecanggihan prsenjataan diorg....bikin malu la kau militan.....aku yg ada keturunan darah suluk ni malu tau tak.....pg brambus la....pegi mampus la bagus.....

Anonymous said...

Nak tipu n putar belit punya video ni mcm org buduh sangat... heran juga, mengaku sultan sulu tapi dok kt manila, napa x dok kt area kepulauan sulu...sultan kunun..Yang menyokong c kiram nie, ada dia jaga kebajikan anda sekeluarga n maju kan kepulauan sulu...Kalu asyik tau nk perang ja, sengsara lak rakyat (kalu ada rakyat). Sejarah dulu, utk iktibar generasi skrg...Kalu den, x mengaku ada sultan kalu mcm nie perangai..Fikir2 kan la,ada negara dulu dipajak kan...ibarat seorang suami punya 4 isteri dan salah satu isteri dia dipajak pada org lain...Agak2 la, kalu abis tempoh pajakan tu adakah isteri yg dipajakan tu balik ke suami dia...mcm tu la org suluk malaysia

Anonymous said...

Tanya Sama Anwar, Macamana Dia Tahu Sabah Nak Hilang,
Nanti Jawab Anwar, U Ulang I Saman U.!!!!!,

Anonymous said...

Apa daa.....sibuk nak rebut tanah....last last dapat tanah kubur freeee.... hak pesaka konon....mati untuk tuntut tanah gersang tu...tak sayang nyawa betul....simpan duit byk2 ,,,,bawak family makan angin lagi best arrr.....semua ni dah ketinggalan zaman la .....sia sia idup kat dunia moden ni.......

tok bak said...

sulu tu tunggu gempa jer jangn di bantu...malaysia....tolong kami....

tok bak said...

taufan pun menyerang sulu dan anwar berada di sinun..bye anwar!!!

Anonymous said...

Harap GR dapat muat turun lagu anwar nyanyi kat setiap ceramah dia mengatakan sabah akan hilang.. Ini jelas menunjukkan anwar dah ada perancangan mengenai pencerobohan lahad datu walaupun sebelum ianya berlaku.. Cuma.. Cuma.. Pengiraan anwar tak kena sahaja.. Kerajaan malaysia tak benarkan penjenayah tersebut bertepu dengan personaliti pembangkang bagi menjayakan agenda anwar.. Maka laknatlah kepada penjenayah tersebut.. Anwar pula cuci buntut..

Anonymous said...

Harap org sulu d Sabah tahu siapa dalang pencerobohan d Lahad Datu kalau tak lain dan tak bukan si BUNTUT keparat...kalau boleh si buntut durjana di hantar ke pulau Tawi-Tawi mengetuai penceroboh supaya senang askar menghabiskan riwayat si penghianat negara..barulah sandiwara tamat.

Best Blogspot Templates 2013